saltgroup.org

Surat Berita

Sertai Senarai Mel kami untuk menerima Surat Berita Kecemerlangan SALT Group

Systems Arabic Localization Technology – SALT Group

SALT Group adalah Syarikat Penyetempatan Teknologi Maklumat Mesir.

Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan Linguistik IT bersepadu yang merangkumi aktiviti-aktiviti Penterjemahan, Penyetempatan, Penyuntingan, Penyemakan, QA, DTP, Alih Bahasa, Penciptaan Daftar Kata, Penyelenggaraan Daftar Kata, Globalisasi dan Penulisan Teknikal.

Perkhidmatannya melitupi pelbagai media penerbitan seperti perisian (UI,UA), Panduan Pengguna Perkakasan, Laman Web, Fail Multimedia, Brosur, Surat Berita, Buku, Bahan Grafik dan Latihan.

Sejak tahun 1997, kami mengkhusus dalam Pelbagai bidang Pengetahuan manusia seperti IT, Komunikasi, Komersial, CRM, Perubatan, Undang-undang, Kewangan, Industri dan Kejuruteraan, Sains dan ePembelajaran.

Perkhidmatan kami bermula dengan satu pasangan bahasa – Bahasa Inggeris<>Bahasa Arab – dan kini mencapai lebih daripada 15 pasangan bahasa.


Mengapa Piawaian Eropah EN 15038?

Kualiti adalah Permata yang sebenar!
Ia tidak pernah menjejaskan Ketinggian Tarafnya, Keaslian atau Keindahannya!


Menurut Institut Piawaian Austria: "Kualiti Perkhidmatan kini sudah boleh diukur".

Penstandardan mencerminkan, dari dahulu kini dan selamanya, status pembangunan ekonomi dan sosial.

Keperluan standard dan spesifikasi yang seakan standard yang semakin berkembang oleh sektor perkhidmatan adalah sejajar dengan transformasi masyarakat industri kepada masyarakat perkhidmatan.

Lawati: http://en15038.blogspot.com untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang syarikat-syarikat yang mendapat perakuan yang sama.

Budaya dan Perniagaan

Kami mempunyai deria khas untuk merasai keunikan budaya yang berlainan.

Oleh itu, kami mengekstrak makna setempat bagi sesuatu istilah – iaitu faktor terpenting dalam kredibiliti produk dalam pasaran sasaran - dan menggunakannanya dalam penterjemahan kami.

Kami percaya bahawa mengkaji adat resam persekitaran sasaran merupakan langkah yang penting yang mesti didahulukan dalam mana-mana kerja penterjemahan kedalam bahasa bagi persekitaran sasaran ini.

MORE >

Harta Intelek dan Penyetempatan

Adakah ia memberikan sebarang impak terhadap hubungan Perniagaan antara Klien dan Pembekal Perkhidmatan Penyetempatan apabila terdapat isu tentang siapa yang berhak keatas apa?

Perbincangan yang komprehensif kini ada tersedia di mana saja di Internet yang menggariskan had Harta Intelek bagi setiap pihak yang terlibat dalam industri Penyetempatan.

Perkhidmatan

"Perkhidmatan Penterjemahan" adalah suatu proses memahami sepenuhnya dan menterjemahkan sesuatu teks dalam Bahasa sumber, kemudian, satu teks yang sama dihasilkan dalam Bahasa sasaran oleh ahli bahasa sasaran yang benar-benar berkelayakan.

"Perkhidmatan Penyetempatan" adalah proses dimana kami mengaplikasikan adaptasi teks terjemahan kedalam kebiasaan budaya linguistik persekitaran bagi bahasa sasaran.

Tentang Bahasa Melayu

Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara. Bahasa ini dipilih sebagai bahasa kebangsaan di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei kerana faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik danBahasa Melayu Moden. Di Malaysia, bermula pada abad ke-19m hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.

S4L logo Copyright SALT® 2000-2009 All Rights Reserved